Cara-cara Menyimpan Makanan Didalam Peti Sejuk Dengan Betul
0104herokin1992
March 1, 2021
7558 Views
0
SaveSavedRemoved 5
- Cara untuk menyimpan makanan didalam peti sejuk dengan betul adalah sangat penting untuk:
- untuk kekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
- dapat memastikan makanan itu selamat sehingga dimakan
- boleh mengekalkan nutrient dalam makanan tersebut
- makanan dapat tahan dengan lebih lama
- kesedapan makanan juga dapat dikekalkan
2. Cara-cara mengunakan peti sejuk dengan betul:
- Peti sejuk hendaklah mempunyai keupayaan dan kapasiti yang cukup besar untuk memenuhi keperluan anda dan haruslah cukup sejuk untuk menyejukkan makanan hingga ke suhu yang diingini dalam tempoh yang singkat.
- Elakkan letak peti sejuk dari sumber haba dan cahaya matahari ,untuk peti sejuk berfungsi dengan baik letak ditempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
- Suhu untuk pendingin peti sejuk(chiller) mestilah 4°C dan untuk peti sejuk beku(freezer) suhunya -18°C hingga 0°C. Jika suhu yang lebih rendah akan mengakibatkan masalah pembekuan dan suhu yang lebih tinggi pula akan menyebabkan kerosakkan pada makanan.
- Setiap minggu harus membersihkan peti sejuk menggunakan disinfektan yang sesuai supaya peti sejuk tidak berbau busuk , kotor dan berkulat. Sebelum meletakkan makanan didalam peti sejuk semula, buka sedikit pintu supaya berlaku peredaran udara .
- Mengelakkan dari suhu peti sejuk meningkat jangan terlalu kerap membuka pintu peti sejuk supaya udara panas tidak akan dapat masuk dan udara sejuk dari peti sejuk tidak akan keluar.
- Simpan makanan yang terlalu padat di sesuatu ruang dalam peti sejuk akan menyebabkan peredaran udara didalam peti sejuk tidak akan berlaku dengan baik dan tidak dapat menyejukkan makanan dengan sempurna.
- Pintu peti sejuk jangan dibiarkan terbuka lama
- Periksa getah(seal) dipintu peti sejuk untuk memastikan ia masih berfungsi dengan baik dan pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat.
- Didalam peti sejuk beku pastikan ais tidak terlalu tebal untuk memudahkan kerja pembersihan didalam peti sejuk beku jika tidak mempunyai sistem pencairan automatik (automatic defrost setting)
3. Makanan yang disimpan didalam peti sejuk
- Untuk minimakan makanan menjadi basi,tercemar atau rosak, cara penyimpanan makanan di dalam peti sejuk adalah sangat penting. Di dalam peti sejuk beku(freezer) dan peti sejuk dingin(chiller) kedua-duanya boleh menyimpan makanan.
- Label pada pembungkusan atau bekas makanan haruslah dibaca untuk cara menyimpan makanan sebelum dan selepas membuka makanan.
4. Panduan asas cara untuk menyimpan makanan didalam peti sejuk dingin(chiller)
- Makanan yang dimasak dan makanan yang mentah mestilah disimpan diruang yang berbeza dan tertutup.
- Makanan yang dimasak diletakkan dibahagian atas dan makanan yang mentah pula diletakkan dibawah untuk mengelakkan pencemaran. Bahan-bahan mentah seperti sayuran dan daging mempunyai kuman yang boleh mencemarkan makanan yang sudah dimasak jika bercampur sedikit saja.
- Untuk mengelakkan pengeringan, perubahan bau,pencemaran atau tumpah pastikan simpan makanan yang telah dimasak dalam bekas atau beg plastik yang bertutup dengan plastik nipis atau kertas aluminium.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran haruslah disimpan berasingan kerana boleh terjadi pengumpulan gas ethelene dalam peti sejuk dan akan mengakibatkan kerosakan pada makanan.
- Buah-buahan dan ikan perlu disimpan berasingan dengan mentega atau marjerin kerana boleh menyebabkan perubahan pada bau.
- Mengelakkan kekurangan banyak air dan untuk peredaran udara, sayuran mestilah disimpan di tempat sayur-sayuran dan disimpan dalam beg plastik.
- Makanan yang panas harus disejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana dapat menghalang dari pertambahan kelembapan dan untuk mengekalkan suhu didalam peti sejuk.
- Makanan yang berasaskan telur perlu disimpan berasingan dari bawang supaya dapat mengelakkan dari bau bawang.
- Tin yang telah dibuka jangan simpan didalam peti sejuk kerana logam tin akan bertindak balas apabila terdedah, sebaiknya pindahkan makanan ke dalam bekas yang bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
- Ikan, daging dan ayam tidak boleh disimpan dalam peti sejuk melebihi 3 hari kerana kandungan didalam makanan tersebut tinggi protein dan kelembapan.
- Makanan yang dimasak jangan disimpan melebihi 3 hari didalam peti sejuk.
5. Panduan asas cara untuk menyimpan makanan didalam peti sejuk dingin(chiller)