5 Peralatan Keperluan Untuk Membuat Masakan Western

Dalam dunia masakan, masakan Barat telah menjadi sinonim dengan hidangan yang kaya rasa, dan penuh kreativiti. Untuk mencipta hidangan Barat yang enak dan sedap, ia perlu bergantung kepada beberapa peralatan utama yang membentuk asas kejayaan mereka. Jadi kita akan meneroka kelima-lima peralatan wajib yang diperlukan di dapur masakan Barat. Dari open burner dan hot plate hingga char broiler, deep fryer, dan salamander, peralatan dapur ini menjadi tunjang utama yang akan memberikan rasa dan tekstur yang luar biasa dalam setiap hidangan.

1. Open Burner

Peralatan pertama yang tidak boleh dipisahkan daripada masakan Barat adalah “open burner.” Ia adalah sejenis dapur gas yang membolehkan kawalan suhu yang tepat. Ini membawa maksud ia dapat mengecil atau membesarkan api mengikut keperluan hidangan. Open burner ini merupakan asas utama dalam setiap dapur Barat, yang digunakan untuk menggoreng, merebus, memasak sos dan lain- lain.

2. Hot Plate

Seterusnya, hot plate adalah alat yang ideal untuk memasak hidangan seperti pankek, telur goreng dan sandwich. Ia mempunyai permukaan rata yang sempurna bagi memastikan hidangan masak dengan sempurna dan sangat sesuai digunakan untuk hidangan sarapan dan makan tengahari dalam menu Barat. Hot plate juga sering digunakan untuk memanaskan hidangan sebelum disajikan kepada pelanggan.

3. Char Broiler

Char broiler membolehkan makanan dibakar dengan sempurna dan mencipta garisan bakaran yang menarik pada permukaan makanan. Ia memberikan tekstur yang rangup dan rasa smoky yang banyak digemari dalam hidangan Western. Penggunaan arang batu dalam char broiler memberikan rasa asap semulajadi kepada makanan dan menjadikan hidangan lebih kaya dengan rasa yang kompleks dan menarik.

4. Salamander

Salamander adalah peralatan serbaguna yang berfungsi untuk membakar permukaan hidangan dengan cepat dan merata. Ini mencipta lapisan luar yang rangup dan warna yang menarik pada hidangan. Selain daripada membuat bakaran, salamander juga boleh digunakan untuk memanaskan hidangan yang sudah dimasak tanpa mengubah tekstur atau kualiti hidangan. Salamender juga membantu melelehkan keju dan memberi kesan bakaran yang sempurna.

5. Deep Fryer

Untuk menghasilkan makanan yang rangup dan garing seperti kentang goreng, ayam goreng, dan kudapan goreng, deep fryer adalah peralatan yang wajib ada di dalam dapur masakan barat. Ia dapat mengekalkan suhu masakan yang konsisten, memastikan tekstur yang rangup dan warna yang sekata. Peralatan ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan dan sistem penapisan minyak.

Kelima-lima peralatan ini adalah asas dalam dapur western yang membolehkan chef menyediakan pelbagai jenis hidangan dengan tepat dan konsisten. Ia merangkumi spektrum luas teknik memasak, daripada memanggang dan menggoreng hingga menumis dan memanggang.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password