Perbezaan Gas Refrigerant R-134A, R-404A & R-290?
Penggunaan gas refrigerant dalam peti sejuk adalah unsur utama yang menjadikan alat penyejuk ini berfungsi dengan efisien. Gas ini menjalani proses yang berulang yang membolehkan peti sejuk mengekalkan suhu yang sesuai untuk penyimpanan makanan dan minuman. Jadi di sini kita akan bahaskan apakah fungsi setiap gas diantara R-134A, R-404A dan R-290 dan gas manakah yang paling berfungsi dengan baik?
Jadi ini adalah perbezaan di setiap gas refrigerant antara R-134A, R-404A dan R290:
Sebagai konklusi yang boleh kita lihat, penggunaan R-290 sebagai refrigerant untuk chiller dan freezer di industri penyejukan semakin meningkat kerana tingkatnya kesedaran pada impak gas refrigerant terhadap alam sekitar.
R-290 adalah hidrokarbon (HC) yang Energy Efficient: R-290 mempunyai sifat penyejukan yang baik yang membolehkannya menghasilkan prestasi penyejukan yang tinggi. Keupayaan untuk membeku pada suhu rendah menjadikannya sesuai untuk freezer.
R-290 juga adalah refrigerant yang mesra alam dan tidak menyumbang kepada penipisan ozon. Ia mempunyai potensi pemanasan global yang sangat rendah yang menjadikannya pilihan yang lebih baik dari gas yang lain. Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa propana (R-290) adalah bahan yang mudah terbakar. Jadi anda perlu berhati hati dalam menanganinya.