Resepi membuat Waffle yang Gebu & Rangup?
Awesome Finaz
January 26, 2024
367 Views
0
SaveSavedRemoved 0
Kalau dapat makan waffle waktu macam ni mesti bestkan? Selalu tengok orang jual waffle di dalam shopping mall mahupun di gerai tepi tepi jalankan? Tapi lagi best kalau ada mesin waffle sendiri di rumah, boleh buat bila-bila masa sahaja! Lagi jimat Masa & Wang!
Jom dapatkan waffle maker di Murah Kitchen sekarang !
REDOR ELECTRIC WAFFLE MACHINE
Bila dah dapatkan waffle maker, barulah kita boleh fikir the next step which is:
HOW TO MAKE A WAFFLE yang gebu, rangup dan juga lembut? 🤩
Bahan - Bahan:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1 sudu teh garam
- 4 sudu teh serbuk penaik
- 2 sudu besar gula putih
- 2 biji telur
- 1 ½ cawan susu suam
- ⅓ cawan mentega, cair
- 1 sudu teh ekstrak vanila
Cara Menyediakan:
- Kumpulkan semua bahan.
- Dalam mangkuk besar, campurkan bersama tepung, garam, serbuk penaik dan gula; ketepikan. Panaskan mesin wafel dengan suhu yang diingini.
- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur. Masukkan susu, mentega dan vanila.
- Tuangkan campuran susu ke dalam campuran tepung; pukul sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke atas mesin wafel yang sedang panas dan masak sehingga perang keemasan,
- Jangka masa memasak 3 hingga 5 minit.