Adakah Anda Tahu Siapa Pencipta Periuk Nasi Elektrik??

Pernahkah korang terfikir siapakah yang mencipta periuk nasi elektrik atau dikenali sebagai rice cooker? Ianya alat yang wajib ada disetiap rumah untuk memudahkan kerja kita untuk memasak nasi dengan cepat dan mudah sehingga ke hari ini. Kerana nasi adalah makanan ruji setiap orang. Tentera Jepun telah mencipta periuk nasi primitif pada tahun 1937 selepas mereka menggunakan dapur. Periuk nasi primitif ialah berupa kotak kayu dengan dua elektrod yang dipasang bertentangan. Tetapi jumlah haba yang dihasilkan berbeza-beza dan kaedah ini tidak sesuai digunakan. 

Mitsubishi Electric Corporation adalah syarikat pertama yang menghasilkan rice cooker secara komersial pada tahun 1945 dan periuknya diperbuat dari aluminium serta mempunyai gegelung pemanasan tetapi kaedah ini tidak sesuai kerana ia bukan automatik “turn off” dan sewaktu memasak nasi ianya memerlukan pemantauan berterusan. Yoshitada Minami dari Toshiba Corporation telah mencipta rice cooker praktikal yang pertama, syarikat ini ialah syarikat gergasi di Jepun sehingga ke hari ini. Periuk nasi ini menggunakan 3 ruang iaitu menyediakan penebat haba dan lapisan udara. Toshiba Corporation telah berjaya mencipta periuk nasi automatik pada tahun 1956, periuk ini menggunakan 2 ruang untuk memasak nasi. Beras dan air dimasukkan ke dalam periuk dan air diluar periuk akan memanaskan periuk tersebut dari luar. Sebuah thermostat dwilogam akan diaktifkan apabila suhu meningkat dan dimatikan secara automatik untuk mengelak nasi daripada hangus. Dalam masa sebulan rice cooker yang dicipta oleh Toshiba Corporation ini telah dijual sebanyak 200,000 dan setelah empat tahun separuh penduduk di Jepun telah pun mempunyai rice cooker ini, ianya berkembang mengikut tahun dan pelbagai inovasi telah dilakukan. Syarikat Zojirushi Termos telah mencipta rice cooker yang menggunakan pengatur haba semi konduktor mampu menghangatkan makanan sehingga 24 jam dan ia telah meningkatkan kepelbagaian rice cooker kerana sebelum ini rice cooker hanya boleh untuk memasak nasi. Telah terjual lebih 200,000 dalam masa setahun.

Rice cooker sehingga ke hari ini terdapat pelbagai fungsi dan mempunyai ciri –ciri elektronik untuk memudahkan kita memasak nasi, bahkan bukan sahaja mampu memasak nasi ia juga boleh digunakan untuk memasak makanan selain dari nasi

Online Valuation!!
Logo
Reset Password