ELEKTRIK vs. GAS : Mana Yang Lebih Baik Untuk Dapur Komersial Anda?
Gas atau Elektrik? Manakah yang sesuai untuk dapur komersial anda? Ini adalah bergantung kepada keperluan dapur komersial anda. Memilih peralatan adalah salah satu keputusan paling penting yang perlu anda buat terlebih dahulu apabila membina dapur komersial anda. Ia mempengaruhi segala-galanya, termasuk output, kos, aliran dapur dan kualiti makanan anda.
Jadi di sini kita akan bahaskan manakah yang lebih bagus di antara dapur gas atau pun dapur elektrik untuk dapur komersial anda. Antara 2 peralatan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
GAS
Kelebihan:
- Kawalan suhu yang fleksibel (Mudah)
- Murah kos penggunaan berbanding electric
- Mudah diperoleh di Malaysia
Kekurangan:
- Pemasangan yang rumit (Memerlukan pemasangan paip gas & Ventilasi yang sesuai)
- Sukar untuk dibersihkan
- Berisiko keselamatan gas jika tidak mengikut SOP
ELEKTRIK
Kelebihan:
- Induction effective (Masa masak yang lebih cepat)
- Lebih selamat untuk digunakan
- Senang untuk dibersihkan kerana permukaannya yang licin
Kekurangan:
- Harga yang mahal
- Hanya boleh di servis oleh segelintir orang atau direct daripada manufacturer
- Kebergantungan kepada bekalan elektrik sahaja
Pemilihan antara dapur komersial gas dan dapur komersial elektrik bergantung kepada keperluan dan keutamaan setiap restoran, serta faktor seperti kos dan keselamatan. Sesetengah orang mungkin memilih gabungan kedua-dua jenis, menggunakan dapur gas untuk memasak dan dapur elektrik untuk pekerjaan yang memerlukan kawalan suhu yang lebih tepat.
Selain itu, faktor seperti kebolehgunaan, kecekapan tenaga, dan keperluan ruang juga boleh memainkan peranan penting dalam membuat keputusan. Jadi kedua-dua peralatan ini ada kelebihan masing-masing dalam dapur komersial anda.