Cara Untuk Memulakan Perniagaan Kafe Dan Restoran

  • Perniagaan kafe dan restoran semakin ramai orang yang telah menceburi perniagaan ini dan banyak yang berjaya dan berkembang terutama bila anda membuka restoran atau kafe dikawasan bandar. Kafe mempunyai suasana yang selesa dan menarik malahan hidangan dan susunatur di kafe juga sesuai untuk pelanggan yang datang ingin mengadakan mesyuarat, tempat untuk perbincangan serta tempat berborak. Ia mempunyai perbezaan dengan restoran.
  • Restoran pula konsepnya tidak sentiasa statik dan ia kerap berubah serta berkembang mengikut peredaran zaman dan ia lebih kepada penjualan makanan dan juga tempat untuk pelanggan yang ingin mengadakan majlis
  • Konsep kafe ini berasal dari luar negara dan hidangannya pula lebih kepada hidangan antarabangsa. Sebaik menyebut tentang kafe kita dapat gambarkan suasana yang selesa serta tenang dan juga dapat menikmati hidangan yang sedap bahkan kita ingin menghabiskan masa yang lama di dalam kafe.
  • Untuk membuka kafe kita memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti pembelian kedai atau menyewa kedai, menyediakan wifi untuk menarik minat pelanggan yang akan datang ke kafe anda. Serta perabot yang selesa juga dapat menarik minat pelanggan yang singgah ke kafe anda.
  • Fenomena kafe ini berlaku kerana gaya hidup orang di bandar yang lebih gemar meluangkan masa dengan berkumpul bersama kawan dan keluarga serta bersantai sambil menikmati hidangan di kafe tersebut.
  • Jenis-jenis kafe yang terkenal seperti kafe yang menyediakan hidangan berat dan ringan seperti burger, stik, serta cupcake, aiskrim, kopi dan teh, croissant. Kafe-kafe jenis ini selalunya dibuka di tempat yang ramai pengunjung seperti pusat membeli-belah dan tempat hiburan yang besar.
  • Perniagaan kafe boleh dibuka secara kecil-kecilan dengan tempat yang sederhana diubahsuai menjadi menarik supaya ramai orang akan tertarik untuk datang. Warung juga boleh ditambahkan dengan khemah dihadapan rumah atau pun kafe outdoor yang dibuka pada waktu malam.

Ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan supaya harga-harga hidangan di kafe anda berpatutan dan disukai oleh pelanggan.

Hidangan di kafe dengan harga yang berpatutan dan disukai ramai perlu mempunyai sedikit pengubahsuaian. Ada beberapa jenis hidangan di kafe ala antarabangsa yang kurang mendapat sambutan daripada orang Malaysia dan harganya sangat mahal.

Ini adalah cara-cara agar hidangan yang anda sajikan diminati oleh pelanggan dan murah.

  1. Memilih bahan-bahan yang hendak digunakan dengan harga yang murah
  • Anda mestilah memilih bahan-bahan yang bersih dan juga murah, untuk mendapatkan harga yang khusus anda haruslah membeli bahan terus dari pengedar. Gunakan bahan yang mempunyai standard yang sama dengan bahan yang anda ingin gantikan.
  1. Hidangan khas Malaysia mestilah ditambahkan kedalam menu anda.
  • Ini adalah alternatif bagi pelanggan yang tidak menyukai hidangan antarabangsa malah lebih gemarkan makanan Malaysia dan pelanggan yang ingin menikmati suasana dikafe anda. Contoh makanan Malaysia ialah mi goreng, ayam goreng serta sup tulang rusuk dan sebagainya.
  1. Menu utama haruslah diserlahkan
  • Menu yang utama di kafe anda mestilah ditonjolkan dan difokuskan. Contohnya kafe anda mengkhususkan dengan penjualan burger sebagai menu istimewa jadinya anda perlu melakukan promosi dan gabungan berasaskan burger. Walaupun anda turut menjual makanan lain tetapi burger harus dijadikan fokus.

Berikut adalah beberapa cara untuk memulakan perniagaan kafe anda. Semoga memberi maanfaat kepada anda semua.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password