Open Burner VS Sealed Burner

Open BurnerOpen burner mempunyai nyalaan terbuka yang terdedah yang bermaksud api mudah dilihat dan terdedah kepada udara dan apa sahaja yang mungkin jatuh ke dalamnya. Kebanyakan tukang masak lebih memilih open burner kerana kecekapannya. Walaupun ia susah dibersihkan tetapi open burner ini turut disertakan dengan dulang titisan (drip tray) yang boleh dikeluarkan pada bila bila masa untuk dibersihkan setiap kali selepas penggunaan. Kebanyakan chef memilih open burner daripada sealed burner.

Sealed BurnerSealed burner adalah burner yang bawahnya ditutup dengan logam dan bingkai yang memegang periuk dan kuali di atasnya. Biasanya terdapat permukaan rata di sekeliling jenis burner ini dan membantu memudahkan pembersihan. Pembakar jenis ini paling biasa ditemui di dapur kediaman rumah. Selalunya permukaannya adalah seramik yang menjadikan permukaannya cantik di mana-mana dapur moden.

Kelebihan & Kelemahan OPEN BURNER & SEALED BURNER

 

  OPEN BURNER SEALED BURNER
KELEBIHAN Pemanasan yang lebih Cepat Kemudahan Pembersihan
  Haba yang lebih Intens Pengedaran haba yang lebih sekata
  Lebih Murah Lebih Selamat  
     
KELEMAHAN Susah dibersihkan    Harga yang Mahal
  Pengedaran haba yang kurang sekata Lebih lambat Panas

Secara konklusinya, pilihan antara open burner dan sealed burner bergantung kepada keperluan dan keutamaan setiap individu. Jika anda menghargai keselamatan yang lebih, kemudahan pembersihan dan dapat  pengedaran haba yang lebih sekata, mungkin sealed burner adalah pilihan yang terbaik. Di sisi lain, jika anda mengutamakan pemanasan yang lebih cepat sekaligus menghasilkan haba yang intens dan harganya juga lebih murah maka open burner mungkin lebih sesuai.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password