Cloud Kitchen adalah trend terbaharu selepas food truck yang semakin terkenal di dunia perniagaan makanan. Jika anda merancang untuk membuka perniagaan makanan dengan kos yang lebih rendah anda boleh menggunakan tips ini iaitu cloud kitchen.
Cloud kitchen pada asasnya adalah kemudahan komersial yang direka bentuk untuk membuat makanan mesra penghantaran dan perniagaan bawa pulang (take
away) di mana pelbagai jenama restoran berkongsi dalam satu ruang dapur. Cloud kitchen menggunakan dapur komersial untuk tujuan menyediakan makanan untuk penghantaran atau bawa pulang sahaja tanpa pelanggan makan di dalam restoran.
Makanan akan dipesan dalam talian melalui aplikasi perkhidmatan makanan pihak ketiga atau laman web perniagaan tersebut. Daripada masuk ke dalam restoran, pelanggan boleh memilih makanan di laman web aplikasi perkhidmatan. Penghantaran boleh dilakukan oleh rakan kongsi pihak ketiga atau oleh syarikat secara langsung melalui kakitangan sendiri.
Kelebihan
Pelaburan Yang Rendah
Anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mendapatkan ruang dan peralatan baru. Ia juga dapat menjimatkan kos sewa, utiliti, dan kos pekerja kerana tidak memerlukan ruang makan atau pekerja hadapan.
Capaian Pasaran Yang Luas
Kemampuan untuk melayani kawasan geografi yang lebih besar melalui penghantaran membolehkan perniagaan mencapai pelanggan di luar kawasan tempatan mereka. Ini memberikan peluang untuk meningkatkan jualan dan membina pangkalan pelanggan yang lebih luas.
Fokus Pada Penghantaran
Reka bentuk dapur dioptimumkan untuk menyediakan makanan untuk penghantaran, memastikan kecekapan dan kawalan kualiti. Selain itu, cloud kitchen sering dilengkapi dengan teknologi canggih untuk pengurusan pesanan, logistik penghantaran, dan maklum balas pelanggan. Integrasi teknologi ini membantu dalam mempercepatkan proses operasi dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
Kekurangan
Kurang Interaksi Pelanggan
Dengan model Cloud Kitchen, pelanggan tidak mempunyai cara untuk berhubung dengan restoran secara peribadi dan sebarang penyelesaian masalah berlaku melalui telefon/e-mel. Kekurangan interaksi manusia ini menimbulkan cabaran untuk pengekalan pelanggan yang berjaya dan boleh menjejaskan reputasi perniagaan secara besar-besaran.
Persaingan Yang Sengit
Peningkatan Cloud Kitchen telah membawa kepada peningkatan persaingan dalam pasaran penghantaran makanan. Untuk berjaya, anda perlu mencari cara untuk menonjol daripada pesaing anda. Jika anda masih dalam proses membina nama jenama anda, pastikan anda menggunakan semua strategi pemasaran yang ada dan gunakan trend serta idea menu yang inovatif untuk meningkatkan pengiktirafan jenama anda.
Kos Pembungkusan
Pembungkusan juga boleh menjadi elemen penting dalam mengekalkan suhu makanan. Anda perlu memastikan hidangan sampai kepada pelanggan dalam keadaan terbaik, pada suhu yang sesuai untuk maklum balas yang baik dan pesanan berulang. Ini boleh membawa kepada lebih banyak pelaburan dalam pembungkusan.
Secara kesimpulannya, Cloud kitchen mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Jika anda mahu berekspirimen dengan melabur tanpa mengeluarkan banyak duit dan bersusah payah mahu mencari alat dapur komersial terbaik anda bolehla ke Murah Kitchen dan dapatkan harga yang terbaik di sini.