Interested to sell something?APPLY NOW

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tekstur Daging Yang Lembut Dengan Cara Potong Melintang Urat

  • Daging ialah bahan mentah yang selalu digunakan dalam pelbagai masakan. Antaranya ialah rendang hari raya, BBQ, masak kicap, gulai kawah dan sebagainya, ramai tukang masak yang kreatif mengolah daging dengan pelbagai masakan yang sedap untuk dimakan.
  • Untuk menjadikan masakan itu sedap, mestilah tekstur daging itu perlu diambil kira. Kalau daging liat untuk dikunyah pasti ‘potong’ betul semasa sedang menjamu selera.
  • Apakah yang kita perlu lakukan dalam masakan untuk memastikan daging itu tidak liat dan tidak menyusahkan pelanggan sekiranya anda ingin menjual juadah berasaskan daging. Kalau tidak, anda akan diboikot selepas ini.
  • Pelbagai tips yang tersebar luas di dalam talian sebelum ini cara untuk memastikan daging yang kita guna menjadi lembut dan sedap semasa digunakan dalam masakan. Tapi yang selalu kita dengar apabila pertama kali masuk dapur untuk tolong memotong daging ialah ‘jangan potong ikut urat’ untuk mendapatkan daging yang lembut.
  • Apakah yang dimaksudkan jangan potong ikut urat? Macam mana urat pada daging pun kita taktahu. Betul ke untuk jadikan daging yang lembut memang jangan potong ikut urat?
  • Petua yang sering disampaikan oleh orang lama ada betulnya juga. Didalam dunia kulinari, memang diamalkan jangan potong ikut urat dan potong ikut urat tetapi bergantung jenis masakan yang disediakan.
  • Urat dalam Bahasa inggeris ‘grain’ ia merujuk kepada arah fiber otot menghala pada daging tersebut. Melihat urat pada daging tersebut akan mudah mengetahui mana arah grain ini menghala. Untuk menentukan bagaimana daging tersebut hendak dipotong dengan cara melihat grain tersebut dengan jelas.
  • Untuk menghasilkan tekstur daging yang lembut jangan potong ikut urat (slicing AGAINST the grain) manakala untuk menghasilkan tekstur daging yang lebih kukuh dan liat potong ikut urat (slicing WITH the grain)
  • Manakala gambar di bawah adalah cara bagaimana anda mahu membuat potongan daging melawan arah urat untuk menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut.
  • Untuk menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut adalah dengan cara memotong lawan arah urat. Gambar di bawah adalah caranya.
  • Berdasarkan gambar diatas, anak panah berwarna hitam untuk memotong tekstur daging yang kurang kenyal manakala arah grain menghala pada daging ditanda dengan anak pahan berwarna biru.
  • Untuk memudahkan tekstur daging diceraikan adalah dengan memotong secara arah lawan urat serta memperlihatkan otot-otot daging dengan kemas seperti gambar dibawah.

Untuk pertama kali memasak dan ingin mengambil hati mak mentua ini lah tips untuk anda mengenal urat pada daging dan tidak tersilap potong.

Logo
Reset Password