Resepi Nasi Lemak Kukus

Kami ingin kongsi resepi untuk membuat nasi lemak kukus. Nasi lemak kukus ialah sarapan yang mengenyangkan dan sedap serta amat mudah untuk dilakukan. Nasi lemak kukus ini ialah makanan kegemaran rakyat Malaysia, boleh dijumpai di seluruh Malaysia kerana nasi lemak kukus ini bukan sahaja untuk orang dewasa bahkan kanak-kanak juga boleh menikmati nasi lemak kukus ini.

Nasi lemak ini selalu dihidangkan waktu sarapan pagi atau pun untuk menjamu tetamu makan di jamuan sesebuah majlis kerana harganya yang murah dan sedap serta disukai oleh ramai orang. Nasi lemak ini mudah untuk mendapatkannya kerana ramai yang jual di gerai-gerai tepi jalan dan juga dikedai-kedai makan.

Nasi lemak ini merujuk kepada nasi yang anda masak menggunakan santan kelapa untuk menambahkan rasa lemaknya, sesetengah individu akan menambahkan daun pandan semasa memasak nasi lemak untuk menambahkan aroma nasi lemak tersebut.

Resepi untuk membuat nasi lemak ini sangat lah mudah, anda juga boleh cuba buat dirumah. Bukan itu sahaja ianya dapat menjimatkan duit anda kerana tidak perlu membeli berbungkus-bungkus diluar untuk anda dan keluarga makan. Nasi lemak yang anda buat sendiri lebih banyak dan berbaloi untuk anda sekeluarga makan.

Bahan-bahan yang digunakan (untuk 200 bungkus nasi lemak)

  • 2 mangkuk cili kering halus.
  • 6 mangkuk cili kering besar(anda perlu menggunakan 2 jenis cili kering untuk seimbangkan rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar)
  • Beberapa helai daun pandan yang di ikat
  • Serai 4 batang
  • Minyak masak
  • Beras putih
  • Halia sebesar ibu jari

Bahan untuk menumis cili

  • Bawang besar 8 biji
  • Bawang putih 3 labu
  • Serbuk cili 6 sudu makan
  • Serai 6 batang
  • Kunyit hidup sebesar jari kelingking
  • Halia sebesar ibu jari
  • Belacan 1 1/2 inci di bakar

Cara membuat sambal

  1. Gunting cili kering halus-halus
  2. Rebus cili kering didalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak untuk bagi cili kering cepat masak dan lembut.
  3. Rebus cili kering sampai kembang dan anda perlu sentiasa kacau untuk pastikan cili kering masak dengan seimbang.
  4. Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci. Biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk.
  5. Blend cili kering sehingga halus dan ketepikan.
  6. Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya mudah untuk diblend.
  7. Blend bahan-bahan tumis dan menggantikan air dengan minyak masak agar bahan tumis cepat garing.
  8. Masukkan serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.
  9. Setelah itu, boleh menumis sambal nasi lemak. (untuk mendapatkan sambal yang sedap anda boleh menggunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis serta minyak yang banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama).
  10. Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yang telah diikat.
  11. Tumis sampai garing dan pecah minyak.
  12. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di blend awal tadi. Masukkan air asam jawa setengah bungkus, masukkan gula, garam dan aji.
  13. Masak sambal sampai pecah minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing.

Cara menyediakan nasi lemak

  1. Cuci beras sehingga bersih
  2. Masukkan beras, halia, serai 4 batang dan beberapa helai daun pandan yang diikat ke dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.
  3. Untuk 10 mangkuk beras, gunakan 1 liter santan
  4. Masukkan 2 senduk minyak masak. Kemudian masukkan garam dan gula.
  5. Masak sehingga air kering anda perlu sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit.
  6. Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, anda perlu panaskan periuk kukusan. Masukkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.
  7. Bila nasi sudah kering. Anda boleh masukkan ke dalam periuk kukusan yang sudah dipanaskan tadi.

Setelah nasi lemak siap dimasak, anda boleh hiaskan dengan timun, telur rebus atau ayam goreng sebagai pelengkap untuk nasi lemak.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password