Cara-cara Menggoreng Ayam Menggunakan Deep Fryer Gas

Ramai orang yang mempunyai masalah didapur seperti dapur berasap, singki tersumbat dan sebagainya. Bukan itu sahaja ramai yang mempunyai masalah semasa proses memasak jika kurang optimum, contohnya ayam menyerap minyak yang terlalu banyak dan juga ayam terlalu masak. Kulit diluar menjadi warna coklat tua dan keras, ramai orang yang mempunyai masalah seperti ini semasa sedang menggoreng ayam goreng atau pun ayam krispi.

Adakah anda tahu punca ayam goreng terlalu masak dan hangus dibahagian luar tetapi kurang masak dibahagian dalam? Ini adalah soalan yang selalu ditanya dan masalah yang sering dihadapi. Tetapi anda semua jangan risau kerana masalah ini adalah perkara biasa. Jom kita belajar caranya.
Adakah anda pasti bahawa teknik menggoreng yang anda gunakan adalah benar? Macam mana anda lakukan semasa menggoreng makanan anda? Berapa suhu yang panas anda gunakan untuk minyak semasa proses menggoreng?

Teknik-Teknik menggoreng mengunakan deep frying

Menggunakan minyak yang banyak sehingga ayam direndam kedalam minyak yang panas adalah teknik menggoreng untuk gorengan yang maksimum. Tetapi jika anda menggunakan mesin khas yang dipanggil deep fryer anda akan mendapatkan hasil gorengan yang baik.

Deep fryer gas

Deep fryer ini ialah mesin yang modern untuk menggoreng dengan suhu yang automatik dan stabil. Untuk restoran, kafe dan juga kedai makanan segera amat memerlukan mesin penggoreng yang cepat, mudah dan sangat stabil.

Semasa hendak menggoreng ayam yang rangup atau makanan lain tanpa memperhatikan suhu minyak yang digunakan untuk menggoreng, ia boleh menyebabkan makanan menyerap terlalu banyak minyak, bahagian luar masak tetapi bahagian didalam masih mentah.

Suhu untuk menggoreng yang sebaik-baiknya adalah sekitar 170 darjah Celcius sehingga 180 darjah Celsius. Jika anda menggoreng lebih dari suhu ini, makanan anda akan menjadi terlalu masak. Tetapi setiap orang mempunyai pendapat tersendiri yang mana sesuai semasa sedang menggoreng.

Cara-cara penggunaan suhu minyak semasa menggunakan deep fryer dengan betul ialah:

 

Anda mestilah memanaskan minyak sehingga suhu 160 darjah celcius. Kemudian masukkan ayam untuk digoreng.

Selepas ayam telah dimasukkan, anda boleh meningkatkan suhu penggorengan sehingga 170-180 darjah celcius dan ini adalah suhu yang sesuai untuk menggoreng ayam ketika ia telah mengembang di dalam minyak.

Setelah ayam sudah naik ke permukaan, anda boleh menaikkan suhu penggorengan sehingga 190 darjah.

Deep fryer ini bagus kerana ia amat memudahkan kerja anda dan tidak memerlukan masa yang lama untuk proses penggorengan

Online Valuation!!
Logo
Reset Password