Panduan Untuk Membeli Ketuhar Dan Pengadun

Untuk membeli ketuhar dan juga mesin pengadun yang penting anda kena fikirkan ialah adakah anda mahu menggunakan dirumah atau pun anda ingin menggunakan untuk bisnes anda. Anda juga perlu memikirkan modal yang anda perlu keluarkan untuk peralatan dan ini ialah sedikit panduan yang anda perlu fikirkan sebelum membeli peralatan.

  • Mesin Pengadun (Hand Mixer dan Stand Mixer)
  1. Hand mixer adalah mesin pengadun yang kecil dan perlu dipegang, pengadun ini sesuai untuk anda yang ingin membuat kek atau kuih dengan kuantiti sedikit, dan ia juga sesuai untuk pengusaha kek yang baru mulakan perniagaan. Pengadun tangan ini tidak sesuai jika anda ingin membuat roti. Pelbagai jenama yang ada di pasaran untuk produk pengadun tangan ini seperti elba, panasonic dan sebagainya.
  2. Stand mixer pula adalah pengadun yang mampu untuk berdiri dan ia tidak perlu dipegang bahkan stand mixer ini mempunyai kapasiti yang besar iaitu dari 4liter sehingga 10liter. Stand mixer mempunyai 3 alat untuk membancuh adunan dan ia sangat sesuai untuk anda membuat kek, roti dan pelbagai makanan. Jika anda terfikir untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan pengadun , stand mixer adalah paling sesuai untuk anda. Bukan itu sahaja stand mixer mampu memudahkan kerja anda dan untuk anda boleh mengadun dengan acuan yang banyak. Ia akan mempercepatkan kerja anda. Stand mixer ini agak mahal berbanding hand mixer, tetapi kualitinya sangat bagus. Sebelum anda membeli stand mixer dengan pembekal-pembekal anda perlu melihat kualitinya dan juga kapasitinya terlebih dahulu.

 

Ketuhar (Oven)

Untuk ketuhar pula jika anda ingin membuat kek di rumah anda perlu memilih ketuhar jenis ‘conventional oven’ kerana ia boleh membakar kek, biskut, kuih dan sebagainya. Ketuhar jenis ini mempunyai pelbagai saiz dan juga harga, anda perlulah cari mengikuti kemampuan anda dan juga kualiti yang bagus untuk mendapatkan hasil yang cantik. Jika anda ingin membuka perniagaan kek pula anda boleh membeli ketuhar yang heavy duty kerana ia tahan lasak dan tidak mudah rosak. Ketuhar jenis komersial ni harganya agak mahal,tetapi ia mampu bertahan dengan lama. Ketuhar komersial ini mempunyai dua jenis, satu ialah jenis yang menggunakan gas dan lagi satu ialah jenis elektrik. Dipasaran jenis gas lebih mahal berbanding elektrik. Kerana ia dapat menjimatkan kos elektrik di kedai anda. Anda boleh memilih mengikuti modal yang anda ada dan keperluan yang anda mahu gunakan sama ada untuk dirumah atau bisnes.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password