Kesilapan-kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh Pengusaha Restoran Baru

Kami menyoal pemilik restoran yang berjaya “adakah anda sudah berfikir masak-masak untuk membuka restoran?” dan apa yang kami dapati terdapat 10 kesilapan utama yang sering dilakukan oleh pengusaha restoran seperti membeli perkakas dapur dan mengupah pekerja serta kesilapan semasa menulis menu hidangan. Untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang, anda perlulah mengikuti langkah-langkah ini dan boleh mengelakkan kesilapan yang berlaku pada bisnes restoran terdahulu.

  1. Anda perlu sediakan modal untuk perniagaan anda yang mencukupi.
  • Untuk mendapatkan keuntungan dalam beberapa bulan pertama agak jarang jadinya anda kena menyediakan modal operasi sekurang-kurangnya 6 bulan. Sekiranya modal anda RM20k dan anda memerlukan RM120k. Modal yang anda perlukan bukan sahaja menyewa premis atau mengubah-suai kedai, membeli perkakas dapur dan membeli stok makanan. Disebabkan ini banyak terjadi kesilapan kepada pemilik restoran kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi sebelum membuka restoran.
  1. Membeli perkakas dapur yang terpakai
  • Anda perlu melakukan sedikit homework sekiranya anda ingin membuka perniagaan restoran atau kafe pertama anda dan ingin menjimatkan kos , anda perlulah membeli perkakas dapur yang terpakai kerana kita tidak dapat menjangkakan masa depan bisnes kita. Puluhan restoran telah ditutup disebabkan pelbagai akibat dan perkakasnya akan dijual di kedai barangan terpakai, anda boleh mendapatkan barangan dapur seperti peti sejuk dalam keadaan baik dan 60% lebih murah berbanding harga perkakas dapur yang baru.
  1. Menggunakan sistem POS di restoran anda.
  • Jika anda mempunyai modal yang lebih saya sarankan anda menggunakan sistem POS (point of sale) kerana sistem ini mempunyai pelbagai fungsi dan memudahkan kerja anda. Fungsinya ialah merekodkan kos barangan jualan anda, mengira bilangan pelanggan anda di dalam restoran, merekodkan jualan anda mengikut menu serta boleh bertindak sebagai punch card untuk pekerja anda dan juga dapat membantu mengambil tempahan makanan dan banyak lagi fungsinya. Harganya sememangnya mahal dan ia amat berbeza dengan mesin daftar tunai bahkan fugsinya amatlah berbeza, jika anda menggunakan dengan betul ia dapat membantu dalam perniagaan anda untuk jangka masa yang panjang dan pulangan yang berlipat ganda.

 

4. Mencari tukang masak di restoran yang sesuai

  • Jika anda memerlukan tukang masak didapur restoran, anda perlulah memilih tukang masak yang sesuai dan yang boleh memasak hidangan yang anda sediakan didalam menu anda. Sebagai contoh anda mengupah tukang masak kampung tetapi menu didalam hidangan anda adalah western. Ia akan menjadi sukar untuk tukang masak tersebut melakukankan tugasnya, mencari tukang masak ini adalah perkara yang amat mencabar bagi setiap usahawan restoran. Anda perlulah mencari tukang masak yang mempunyai personaliti yang serasi dengan anda dan pekerja yang ada supaya ia selesa untuk bekerja lama direstoran anda. Anda perlu berhati-hati semasa memilih pekerja. Tetapi jika anda atau rakan anda adalah tukang masak untuk sesebuah restoran anda tidak perlu risau tentang perkara ini.

5. Fahami peralatan komersil yang digunakan untuk restoran

  • Jika anda ingin membeli perkakas dan peralatan untuk restoran anda yang paling penting adalah mencari barangan yang direka khas untuk kegunaan restoran. Anda tidak boleh menggunakan peralatan yang direka khas untuk dirumah kerana ia akan mudah rosak tidak kan bertahan lama dan ia akan menyebabkan modal anda akan bertambah kerana anda perlu membeli peralatan dan perkakas yang baru . Walaupun harga untuk perkakas komersil ini lebih mahal dari perkakas yang dikhaskan dirumah tetapi kualiti perkakas komersil ini sangat bagus dan mampu bertahan lama dan juga ia tahan lasak.

6. Nama yang sesuai perlu digunakan untuk restoran anda

  • Gunakan lah nama yang sesuai dengan konsep restoran anda dan juga sesuai dengan hidangan yang anda sediakan direstoran anda. Anda juga perlulah menggunakan nama yang senang diingati oleh pelanggan yang hadir di restoran anda serta tips untuk anda jika ingin memilih nama untuk restoran anda, pastikan membuat carian di laman sesawang seperti Facebook, instagram dan juga google supaya tidak sama dengan restoran lain dan juga anda boleh memiliki laman sesawang tersebut.

7. Mengelakkan dari menggunakan Fon yang susah dibaca

  • Untuk memudahkan pelanggan anda membaca dan faham menu serta papan tanda apa yang ditulis, anda perlulah memilih fon yang jelas dan saiz font yang ideal ialah 12-14. Memang seronok semasa mencari fon yang cantik dan unik ketika membuat logo dan menu untuk restoran anda tetapi jika anda memilih font yang salah ia akan menyebabkan kesukaran untuk pelanggan anda memahami menu yang anda sediakan.

7. Mengelakkan dari menggunakan Fon yang susah dibaca

  • Untuk memudahkan pelanggan anda membaca dan faham menu serta papan tanda apa yang ditulis, anda perlulah memilih fon yang jelas dan saiz font yang ideal ialah 12-14. Memang seronok semasa mencari fon yang cantik dan unik ketika membuat logo dan menu untuk restoran anda tetapi jika anda memilih font yang salah ia akan menyebabkan kesukaran untuk pelanggan anda memahami menu yang anda sediakan.

8. Jangan mula dengan menu yang pelbagai hidangan.

  • Permulaan perniagaan anda, anda dan juga pekerja pasti akan mengalami pelbagai masalah kerana tidak cukup pengalaman tetapi lebih lama anda beroperasi pasti akan menambah baik dari pelbagai segi. Ibarat atlet yang tidak melakukan latihan pasti tidak mungkin untuk memenangi kejohanan. JIka anda mulakan perniagaan anda dengan menu yang banyak ia akan menyebabkan kerugian dan juga pembaziran. Menu yang melebihi 30 hidangan pasti sukar untuk permulaan perniagaan, selepas beberapa bulan anda beroperasi anda boleh mencipta hidangan baru dan mengeluarkan hidangan yang tidak dapat sambutan dari menu di restoran anda.

10. Perlu mempunyai bajet untuk pemasaran

  • Untuk perniagaan restoran sekarang banyak daya saing yang ada pelanggan pun mempunyai pelbagai pilihan, jadinya anda perlulah mengeluarkan bajet untuk memasarkan perniagaan anda seperti billboard, media sosial, influencer dan sebagainya mengikuti kreativiti anda dan juga idea anda macam mana untuk anda memasarkan anda punya perniagaan. Pastikan anda punya pemasaran mampu untuk mengekalkan perniagaan anda dari daya saing anda yang ada di luar. Anda tidak boleh bergantung pada kaedah mulut ke mulut sahaja walaupun ianya percuma tetapi sambutannya akan mengambil masa yang agak lama.

10. Jangan mudah percaya cakap ahli keluarga anda dan juga sahabat anda.

  • Pasti anda terkejut dangan tips ini tetapi kebanyakan orang yang buka restoran memang memulakan perniagaan restoran kerana ahli keluarga dan sahabat memberi pujian tentang masakan mereka. Sekadar pujian tidak bermaksud anda mampu mewakili permintaan pelanggan, sebelum anda membuka restoran yang memerlukan modal duit yang banyak perlu anda keluarkan sebaiknya anda membuka perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga dipasar malam atau di bazaar dan juga pesta makanan yang selalu dianjurkan oleh syarikat makanan yang besar-besar supaya anda boleh mendapat maklum balas dari pelanggan anda, sekiranya maklum balas tersebut sangat memberangsangkan baru anda boleh berfikir untuk membuka sebuah restoran.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password