Pemasangan Grease Trap/ Perangkap minyak amat penting untuk dipasang di setiap restoran. Fungsi utamanya adalah menangkap dan menapis sisa-sisa lemak, minyak, dan bahan organik lain daripada air sisa yang dihasilkan oleh aktiviti memasak dan membersih di dapur restoran.
Ini adalah untuk mengelakkan daripada paip tersumbat. Alat ini digunakan untuk mengasingkan minyak daripada air, supaya minyak yang dibuang ke dalam sinki tidak menggumpal dan boleh berlaku pembekuan di dalam paip longkang sehingga menyebabkan paip tersumbat. Erti kata lain, Apabila gris makanan menjadi sejuk, ia menjadi bahan seperti lilin yang boleh melekat pada permukaan yang berbeza. Jika sisa itu terus terkumpul, ia akhirnya boleh menyebabkan penyumbatan besar-besaran dalam sistem kumbahan.