Anda perlu cari ruang yang terbaik untuk meletakkan kek showcase. Pastikan kek showcase diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dan dan diakses oleh pelanggan. Pilih lokasi yang berhampiran pintu masuk ataupun di kaunter pembayaran untuk menarik perhatian pelanggan. Dengan itu, ia dapat memastikan pelanggan mendapat pendedahan maksimum dengan paparan kek yang ada.
Ukur dengan tepat lebar, panjang, dan ketinggian ruang di dapur atau kedai anda untuk memastikan paparan kek muat dengan selesa tanpa mengganggu aliran kerja, pergerakan, atau akses ke peralatan lain.