The Versatile COMBI OVEN

Combi Oven? Apa itu combi Oven?

Combi Oven adalah alat dapur versatile kombinasi dari gabungan kukus & panggang atau kedua-duanya sekali. Combi oven ini menggunakan teknologi kombinasi wap dan konveksi untuk memasak makanan dengan hasil yang sangat baik dan konsisten. Dengan combi oven ini. Dapat lagi memudah anda mengukus, merebus, memanggang, menggoreng dan membakar makanan semuanya dengan satu unit, menggantikan keperluan ketuhar tradisional dan alat kukus di dapur anda.

Kelebihan COMBI OVEN 📟

Dengan pelbagai fungsi memasak dalam satu perkakas, tukang masak dapat menyediakan pelbagai hidangan dan masakan dengan menggunakan ketuhar (combi oven) yang sama. Ini dapat menjimatkan masa dan ruang di dapur serta membolehkan proses memasak yang lebih cekap. 

Dengan menggunakan Combi oven, hidangan hidangan anda akan dimasak pada suhu yang tepat dan tetapan wap. Maka hidangan anda akan keluar dengan tepat seperti yang anda mahukannya.

Dengan adanya menu boleh atur cara, anda boleh membuat pilihan dengan hanya memasukkan resepi serta mengawal mod memasak secara manual. Ini bermakna walaupun dengan resepi yang rumit dan susah, dengan adanya combi oven yang hanya menekan beberapa butang hidangan anda dapat dimasak dengan sempurna.

Dengan menggunakan combi oven, Ia dapat membawa ke pemakanan yang lebih sihat. Fungsi wap membolehkan memasak dengan rendah lemak yang sesuai untuk pelanggan yang mementingkan kesihatan. Proses memasak juga membantu mengekalkan nutrien dan perasa dalam makanan.

 

Secara konlusinya, kita dapat melihat tentang kelebihan combi oven yang dapat diguna pakai untuk mana-mana dapur komersial dan industri restoran. Dengan fleksibiliti, konsistensi, reka bentuk dan penjimatan ruang chef boleh mencipta pelbagai jenis hidangan dengan mudah. Dengan memilih combi oven yang sesuai untuk keperluan dapur anda, anda boleh menyelaraskan proses memasak anda serta meningkatkan kualiti makanan anda.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password