Bid Now

Petua Mudah untuk Membersihkan ‘Chest Freezer’

Petua Mudah Bersihkan Chest Freezer

Pembersihan peti beku bukanlah sesuatu tugas yang besar. Malah, peti beku perlu sentiasa dibersihkan agar dapat berfungsi dengan baik. Kami mengesyorkan pembersihan peti beku dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun (lebih kerap adalah lebih baik). Sebelum anda membuat pembersihan, hendaklah anda menyahbekukan peti terlebih dahulu. Bermula dengan mengosongkan semua makanan di dalamnya dan bakul simpanan.

Jika peti beku sudah kosong, masukkan air panas di dalam panci atau ember kemudian tutup. Hal ini bertujuan untuk mempercepat proses pencairan ais (Tips: guna pengering rambut juga dapat mempercepat proses pencairan).  Jangan guna air mendidih kerana boleh merosakkan bahagian plastic dalaman.

Selepas semua ais telah cair, biasanya terdapat air di dalam unit. Bersihkan dengan menggunakan span dan air bersih hingga semua air hilang.

Seterusnya, sediakan air suam bercampur sabun dalam baldi dan span bersih. Bersihkan semua bahagian freezer bermula dari pintu hingga ke dalam peti sejuk. Pastikan semua bahagian freezer benar-benar bersih. Anda boleh menggunakan pembersih dan kain yang lembut pada getah pintu peti.

Setelah freezer sudah dibersihkan, siapkan campuran baking soda dan air untuk membersihkan sisa sabun. Baking soda juga dapat digunakan untuk meneutralkan dan menghilangkan bau yang melekat dan busuk. Lap semua bahagian freezer dengan cairan ini.

Setelah semua dilap, biarkan selama kira-kira 15 minit. Kemudian sediakan kain bersih yang dilembapkan dengan air bersih. Bersihkan semua bahagian freezer supaya tidak ada baki cecair cuka.

Menyambung semula plug peti beku. Tunggu kira-kira 24 jam untuk suhu stabil semula. Pasang semula bakul dan masukkan semua makanan yang hendak disimpan.

 

Online Valuation!!
Logo
Reset Password