You want. We find for you.APPLY NOW

Kebaikan Peralatan Dapur Stainless Steel

Kebaikan peralatan dapur stainless steel.

Rungsing memikirkan nak beli peralatan dapur yang mana satu? Atau memikirkan tentang jenis bahan peralatan dapur tersebut? Adakah ia berbaloi membeli?

Nak tahu apa kebaikan menggunakan peralatan yang diperbuat daripada stainless steel untuk dapur anda?

Disini, kami ingin berkongsi beberapa kebaikan menggunakan peralatan dapur yang diperbuat daripada Stainless Steel untuk kegunaan dapur anda.

Kelebihan menggunakan alatan dapur yang diperbuat daripada stainless steel:

  • Mudah dibersihkan

Mudah dibersihkan kerana permukaan yang licin dan rata serta kalis air.

  • Kualiti terbaik

Bahan stainless steel mempunyai daya tahan yang kuat serta boleh bertahan dengan tindak balas pengoksidaan. Ia sangat ideal untuk digunakan di dapur restoran, hotel, hospital dan sebagainnya.

  • Mengurangkan kos

Tidak perlu berbelanja lebih untuk mengekalkannya disebabkan daya tahan yang kuat dan anti karat.

  • Pelbagai fungsi

Peralatan dapur yang diperbuat daripada stainless steel selalunya mempunyai pelbagai fungsi serta tidak ada kesan sampingan bila digunakan.

  • Tiada pori

Alat stainless steel diperbuat daripada logam yang tidak mempunyai pori serta dijamin tiada kebocoran atau retak.

  • Tahan lama

Peralatan stainless steel diperbuat daripada kromium dan nikel selalunya mempunyai daya tahan lama serta mempunyai permukaan yang masih elok.

  • Mencegah oksidasi

Bahan stainless steel mempunyai 16 – 24% kromium dan 35% nikel, dengan ini ia dapat mencegah oksidasi dan karat yang boleh berlaku pada peralatan dapur.

  • Pelbagai jenis peralatan dapur stainless steel

Disebabkan daya tahan yang kuat, terdapat banyak peralatan dapur sekarang diperbuat daripada bahan stainless steel.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password