Kita selalu sibuk sampai kadang kala kita lupa bahawa kita mempunyai sebuku roti diatas meja dapur kita. Apa yang menyedihkan apabila melihat roti tersebut busuk dan berkulat. Kerana anda tidak memakan roti tersebut dengan kerap, kita mestilah menyimpannya dengan baik supaya ia boleh bertahan lama.
Petua ini sangat bagus untuk yang inginkan roti anda gebu dan tetap segar walaupun anda selalu memakannya.
- Anda perlu membekukan roti anda
Sekirannya anda mempunyai stock roti yang banyak dirumah, dan tarikhnya akan tamat tempoh tidak lama lagi. Anda perlu meletakkan roti anda didalam peti sejuk supaya ia tidak cepat berkulat.
Image Credit: foodnetwork
Anda boleh membungkus ke semua roti atau bahagikan rotinya. Dengan kertas kulit atau pun kertas lilin dan masukkan ke dalam peti sejuk dingin atau peti sejuk beku. Jika anda masukkan kesemua roti didalam peti sejuk, anda boleh mencairkna menggunakan microwave tetapi jika anda masukkan roti secara bahagian anda boleh mencairkan menggunakan pembakar roti sahaja.
2. Menggunakan kertas bukan plastik
Jika anda terfikir mungkin menggunkan plastik lebih baik, tetapi untuk menyimpan dengan lebih bagus untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria atau kulat ialah dengan menggunakan kertas.
Image Credit: almostzerowaste
Untuk bersekitaran, menggunakan plastik adalah yang terbaik dan bermaksud ia baik untuk anda juga.
3. Menggunakan kotak – kotak roti
Kotak roti ini mempunyai pelbagai reka bentuk dan mampu menambah estetika didalam rumah anda. Tidak rugi jika anda melaburkan sedikit duit untuk penyimpan roti anda didalamnya.
Image Credit: chefspencil
4. Perlu dijauhkan dari panas dan kelembapan
Jangan menyimpan roti anda dengan dengan kawasan peti sejuk, mesin basuh pinggan mangkuk, microwave atau sumber yang boleh mendatangkan haba dan kelembapan lain. Anda harus menyimpannya di tempat yang sejuk dan kering.
Image Credit: thespruceeats
Jika anda mempunyai tips yang lain untuk menyimpan roti dari kulat dan bakteria. Sila berkongsi dengan kami.