5 Kelebihan Yang Best Dalam Sistem Francais
Sistem francais ini memberi peluang dan memudahkan untuk kita memulakan perniagaan hampir semua jenis makanan dan minuman dari luar negara mahupun dalam negara.
Untuk memulakan perniagaan francais ini, pihak syarikat telah tetapkan peraturan kepada pihak bebas (francaisi) bagi mereka yang ingin menjual produk atau perkhidmatan syarikat dari pemberi francais
Untuk memulakan perniagaan seperti KFC, McDonalds, Putu Bambu World dan lain-lain, peniaga hanya perlu menghubungi francaisor makanan dan minumanan negara. Perniagaan ini telah mempunyai banyak francais dan rakan kongsi perniagaan di pelbagai wilayah. Pemula perniagaan mampu menerima sistem perniagaan makanan dan minuman ini secara meluas.
5 manfaat perniagaan francais makanan dan minuman ini, perniagaan francais ini dianggap mampu menjanjikan untuk seseorang yang ingin memulakan perniagaan francais ini.
- Mulakan perniagaan dengan modal yang kecil
Francaisor makanan dan minuman banyak menawarkan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Dengan modal yang berpatutan, peniaga mampu membuka perniagaan makanan dan minuman yang diinginkan.
- Sangat mudah dan praktikal
Untuk bahan, gerai dan butiran kewangan, peniaga boleh dapati dari pemegang francais, sistem francais ini bukan sahaja tidak memerlukan modal yang banyak bahkan sistem ini juga sangat praktikal. Peniaga hanya perlu menyediakan lokasi perniagaan dan juga pekerja, jika semuanya telah disediakan makan perniagaan makanan dan minuman anda sedia untuk dijalankan.
- Mampu meminimumkan risiko
Sebelum memulakan perniagaan francais ini, ia mestilah telah lulus dari kesilapan dan juga tempoh percubaan. Barulah pemberi francais mampu memberikan peniaga untuk membuka perkhidmatan francais mereka. Bukan itu sahaja, perniagaan francais mestilah mampu meminimumkan kerugian dan juga pernigaan yang teratur dan SOP yang lengkap.
- Jumlah keuntungan boleh dikira
Perjanjian sebelum mula perniagaan jumlah keuntungan bahan telah dibuat dan tertera yang dianggarkan francaisi. Faedah boleh diramalkan sebagai contoh jika dalam sebulan kedai francais anda menjual 100 ketul burger, anda boleh mengira keuntungan bersih dengan menjual 100 ketul burger yang telah pun anda jual. Tanpa anda perlu fikir bahan dan ramuan yang digunakan.
- Boleh meningkatkan pengetahuan perniagaan
Risiko semasa memulakan perniagaan francais ini timbul kegagalan waktu perniagaan masih dalam tempoh percubaan dan masih mempunyai kesilapan yang belum dipelajari, ramai orang yang sudah berhenti di tengah jalan bahkan ramai yang sudah undur diri sebelum belajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan francais makanan dan minuman ini.