Jenis-Jenis Peti Sejuk Beku (Freezer)
Seperti yang kita tahu peti sejuk beku komersial memainkan peranan penting dalam industri makanan (restoran), perhotelan dan pelbagai perniagaan yang memerlukan penyimpanan makanan beku dalam kuantiti yang besar. Dengan pelbagai reka bentuk dan fungsi, setiap jenis freezer memenuhi keperluan tertentu dan disesuaikan dengan persekitaran perniagaan yang berbeza. Jadi, untuk memastikan barang-barang anda disimpan dengan baik anda perlulah bijak memilih peti sejuk beku yang sesuai dengan dapur restoran anda.
Terdapat 3 jenis utama peti sejuk beku komersial yang boleh anda suaikan dengan dapur restoran anda. Ia terbahagi kepada Chest Freezer, Upright Freezer dan Counter Freezer. Ketiga-tiga peti sejuk beku ini direka mengikut fungsi dan pelbagai tujuan yang berbeza.
CHEST FREEZER
Chest freezer biasanya mempunyai penutup bukaan dari atas. Peti sejuk beku ini terkenal dengan kapasiti penyimpanan yang dalam dan sangat sesuai untuk barangan yang besar. Barang-barang selalunya akan disusun di atas satu sama laian yang boleh menyukarkan untuk mencari barang tertentu. Walau bagaimanapun, chest freezer terkenal dengan kecekapan tenaga dan keupayaan untuk mengekalkan suhu rendah walaupun semasa bekalan elektrik terputus. Chest freezer jauh lebih murah daripada upright freezer walaupun mempunyai kapasiti yang sama.
UPRIGHT FREEZER
Upright freezer adalah peti sejuk beku menegak dengan pintu bukaan hadapan. Ia mempunyai rak petak yang menjadikannya lebih mudah untuk menyusun dan mencari barang. Upright freezer lebih sesuai untuk orang yang ingin melihat dan mencapai barangan beku mereka dengan mudah. Erti kata lain ia membolehkan penyusunan yang lebih baik daripada chest freezer kerana mudah untuk mencari barang tanpa perlu menggali barangan beku yang lain. Upright freezer mungkin kurang dari segi kecekapan tenaga kerana udara sejuk boleh keluar dengan lebih mudah apabila pintu peti dibuka. Dari segi kos, upright freezer boleh jadi lebih mahal daripada chest freezer tetapi harga berbeza mengikut ciri dan kapasiti.
COUNTER FREEZER
Counter freezer merupakan peti sejuk beku yang telah dirancang khusus untuk menyediakan penyimpanan beku yang mudah dicari dalam persekitaran perniagaan makanan dan minuman. Dengan reka bentuk yang padat dengan penyusunan yang baik, dapur menjadi lebih teratur dan proses mencari dan mengambil bahan beku menjadi lebih cepat dan efisien. Dari segi kos pula, ia bergantung kepada saiz, ciri dan jenama. Secara keseluruhannya, counter freezer adalah peti sejuk beku yang tidak hanya memenuhi keperluan penyimpanan beku komersial tetapi juga memberikan kelebihan dalam hal organisasi, aksesibiliti, dan kecekapan penggunaan tenaga.