RESEPI KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN (SUKATAN CAWAN)

  • 1 cawan mentega (boleh juga guna manjerin)
  • ¾ cawan gula kastor @ gula pasir kisarkan
  • 3 biji telur gred b
  • 1 ½ cawan tepung gandum (tapiskan)
  • 1 sudu makan baking power (tapiskan)
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • (guna Loyang 6 @ 7)

 BAHAN-BAHAN (SUKATAN IKUT GRAM)

  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor @ gula pasir kisarkan
  • 5 biji telur gred b
  • 200gm tepung penaik @ tepung gandum (tapiskan)
  • 3 sudu makan susu segar @ susu cair
  • 1 sudu teh baking power
  • 1 sudu teh perisa vanilla
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • (guna Loyang 7 @ 8)

CARA MEMASAK

  1. Pukul mentega dan gula selama 10-12 minit
  2. Masukkan telur satu persatu sambal pukul perlahan
  3. Masukkan esen vanilla, tepung gandum, dan baking powder. Kaup dan terbalikkan hingga rata
  4. Tambahkan susu pekat manis dan gaul lagi sehingga bahan bahan sebati
  5. Bahagikan dua bahagian adunan, adunan pertama biarkan pada warna asal dan adunan kedua letak serbuk koko
  6. Ambil loyang dan sapukan majerin hingga rata serta lapikkan dengan kertas minyak
  7. Ambil satu senduk adunan asal dan letak di tengah-tengah loyang . Jangan gaulkan
  8. Kemudian ambil satu senduk adunan koko dan letak atas ditengah-tengah adunan pertama tadi. Jangan ratakan ia penting untuk menghasilkan corak pada kek
  9. Ulang proses yang sama hingga adunan habis
  10. Panaskan ketuhar paha suhu 170c dan bakar selama 45minit atau sehingga masak. Gunakan api atas dan bawah.
  11. Bila kek siap dimasak sejukkan dahulu sebelum potong dan dinikmati.

Online Valuation!!
Logo
Reset Password