Setiap perniagaan restoran mesti mempunyai pengiraan yang baik dalam mencapai sasaran penjualan dan perlu mengetahui kapasiti pelanggan. Kemudian, mesti mengetahui sasaran restoran seperti lokasi, konsep, hidangan makanan dan minuman serta penjualan direstoran setiap hari. Setiap restoran perlu mengira berapa banyak ruang, meja dan kerusi yang diperlukan untuk sasaran penjualan setiap hari.
Untuk ruang pula, anda harus memikirkan ruang lain seperti kaunter juruwang, lobi, tempat beribadah, tandas, dan kaunter bar. Ia tidak hanya kawasan meja dan kerusi sahaja.