Interested to sell something?APPLY NOW

Peralatan Dapur Di Restoran Yang Wajib Anda ketahui

Restoran ialah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman dengan dilengkapi alatan pemprosesan,penyajian,penyimpanan dan perkhidmatan. Bermacam-macam menu yang disajikan setiap restoran terutamanya dibandar. Yang menyediakan hidangan dari Malaysia dan juga hidangan dari luar negara seperti Amerika atau Itali dan pelbagai harga yang ditawarkan. Disebalik makanan yang sedap dan lazat, pasti ada peralatan dapur yang dapat membantu tukang masak semasa menjalankan tugasnya.

Peralatan asas didapur restoran mempunyai banyak jenis dan fungsi dan ia adalah salah satu aktiviti sokongan dan produktiviti restoran tersebut. Perkara yang paling penting untuk memilih peralatan dapur restoran ialah bahan yang digunakan untuk peralatan tersebut. Di restoran mempunyai dua bahagian peralatan, satu bahagian untuk peralatan memasak dan satu lagi ialah bahagian peralatan untuk makan. Kedua-dua ini mempunyai perbezaan bagaimana digunakan dan bagaimana ia berfungsi. Jenis peralatan dapur restoran yang anda perlu ketahui untuk menyokong perniagaan anda.

Peralatan memasak :

Peralatan memasak adalah peralatan yang digunakan untuk memasak, peralatan ini mempunyai peralatan besar yang sukar untuk dipindahkan dan juga peralatan kecil untuk memproses makanan. Peralatan memasak ini mempunyai pelbagai fungsi di dapur restoran. Dari proses bahan masakan, penyimpanan hingga alat untuk mencuci peralatan masakan, bahan masakan dan peralatan untuk makan. Ini adalah peralatan memasak yang anda perlu tahu dan anda perlu ada didalam restoran anda:

  • Kuali: untuk menggoreng dan menumis bahan masakan.
  • Periuk: untuk merebus makanan
  • Penggoreng yang dalam(Deep fryer): digunakan untuk menggoreng makanan dengan minyak yang banyak.
  • Penggiling Daging(Meat grinder): untuk mengisar daging.
  • Peti sejuk beku dan Peti sejuk dingin: untuk menyimpan bahan makanan.
  • Pengadun: untuk mencampurkan adunan makanan.
  • Loyang: bekas untuk buat kek
  • Ketuhar: untuk membakar makanan
  • Meja kerja: Untuk tukang masak membuat kerja
  • Bain marie: penyimpan makanan supaya makanan tetap panas
  • Periuk Nasi: Memasak nasi
  • Sink: Untuk mencuci peralatan dan bahan masakan
  • Peralatan untuk memasak: pisau, papan pemotong, spatula, senduk, cawan pengukur, dan pengepit makanan.

Peralatan untuk makan dan minum

  • Peralatan untuk makan dan minum secara amnya, mempunyai tiga kategori iaitu barang china, kaca dan perak. China seperti pinggan mangkuk dan minuman yang diperbuat daripada seramik dan bahan seramik ini banyak dipilih oleh pengusaha restoran kerana ia mempunyai ketahanan yang tinggi. Peralatan berasaskan seramik juga mempunyai dinding yang tebal dan permukaan yang agak kasar.
  • Pinggan mangkuk yang diperbuat daripada logam perak dan dilapisi dengan keluli tahan karat. Perkakas dari perak ini sama dengan barang china, tetapi hanya berbeza dari bahan asasnya. Perak merangkumi dua jenis peralatan makan, iaitu holloware dan flatware. Perkakas perak dari holloware, seperti pinggan mangkuk dan pitcher. Flatware pula ialah seperti pisau makan, sudu dan garfu.
  • Peralatan untuk minum bentuk gelas dan bahan asasnya ialah kaca. Peralatan kaca terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsi yang sesuai. Ini adalah peralatan gelas yang digunakan di restoran, stemmuglass(kaca dengan batang) dan unstemmuglass (kaca tanpa batang).

Free Valuation!!
Logo
Reset Password